Saturday, 29 December 2012

my story... :)

assalamualaikum.. rasanya baru semalam je kan aku update blog aku. :)

em, hari tu kan aku ada cakap pasal cerpen aku kan. ha, ni aku nak post pasal tu la. tapi actually aku tak abis lagi karang cerita aku ni. just separuh. aku tak tau la nak buat cerita aku ni cerpen ke novel. tajuk pun tak tahu nak letak apa.

anyway, aku harap korang baca la cerita aku and komen la apa yang patut. aku ni bukan terer bab-bab nak buat ayat ni. idea je lebih. so, aku harap lepas korang baca, tolong komen ye. terima kasih.

selamat membaca ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 “Aisya Liyana!” termengah-mengah Faris mengejar gadis pujaannya itu. 

‘ish, budak ni kenapa. Nak bagi satu sekolah ni dengar ke dia panggil nama aku. Nasib baik la ramai yang dah balik’ ngomel Aisya sendirian.

“Weh, Yana. Tunggu la kejap. Kau ni jalan cepat sangat. Tu, tak dengar ke, Faris panggil tu. Ala,kau ni tak kesian ke kat dia..bla..bla..” bebel Suhaila, teman baiknya.

“ish, yela. yela. kau ni kalo bebel sampai esok pun tak sudah.”
Aisya Liyana menghentikan langkahnya. “Ya,ya,awak nak apa lagi ni. Ish, rimas la,” Aisya Liyana berkata kepada Faris.

Faris yang tidak menghiraukan kata-kata Aisya,terus menghulurkan sekotak hadiah berwarna pink. “nah,ni untuk awak,”

“Hadiah lagi? Awak ni kenapa ye. Saya kan dah cakap hari tu,saya tak suka awak. Membazir je awak beli hadiah ni sebab sampai bila-bila pun saya takkan terima awak. Tak faham,faham lagi ke.” Tanpa sempat Aisya berlalu pergi, Faris lantas memegang lengan bajunya.

“Hei!” Aisya pantas menarik tangannya dari genggaman Faris. “Err...sorry.saya tak sengaja. Aisya, dengar dulu apa saya nak cakap ni. Saya janji lepas ni saya tak ganggu awak dah.” Renungan ikhlas Faris membuatkan jantung Aisya berdegup pantas.

 Faris menghulurkan kotak pink tadi kepada Aisya. “saya tahu awak takkan terima hadiah dari saya. Tapi saya harap awak terimalah hadiah terakhir ini dari saya. Untuk pengetahuan awak, lusa saya akan berangkat ke Australia. Hari ini hari terakhir saya kat sekolah ni. Mungkin ini kali terakhir saya jumpa awak. Saya harap sangat awak terima hadiah ni. Please, Aisya Liyana,”

Aisya Liyana tergamam. Dia nak pindah? Kenapa dia tak beritahu aku awal-awal? Eh,bagus la.Aman la sikit. Tapi kenapa aku rasa macam..... tanpa sedar, Aisya menyambut hadiah itu.

“Saya balik dulu. Jaga diri baik-baik ye. Assalamualaikum.” Faris melangkah laju menuju ke BMW X5. 

“Aaa..err..aw..awak..” tanpa sempat Aisya berkata sesuatu, kereta mewah itu meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Nana! Siap tak lagi? Cepat la, dah lambat ni,” Aisya memandang jam di pergelangan tangan. Lagi beberapa minit lagi menginjak 9 pagi. Habis la. Dah lambat ni. Dah la Mr Gary tu cukup pantang student lewat sket. Aisya monolog sendiri. “Nana! Ish, kau ni siap mengalah mak datin. Cepat la.” Nana kelihatan kelam kabut menuruni tangga rumah teres dua tingkat itu.

Rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Kempas, Changlun itu diberi oleh ibu Aisya semenjak Aisya melanjutkan pelajarannya ke peringkat master di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Pada mulanya Aisya hanya ingin memilih untuk tinggal di dalam kampus sahaja dengan alasan mudah untuk ke kelas tetapi dibantah keras oleh ibunya. Hakikatnya, dia takut untuk tinggal bersendirian kerana terkenangkan peristiwa hitam itu. Sebab itu lah Aisya mengajak Nana, kawan yang dikenali sejak tahun ijazah pertama di universiti ini, tinggal bersama dengannya,walaupun rumah kawannya itu hanya beberapa rumah selang dari rumah Aisya.

“weh, jom lah. Tadi suruh aku cepat sangat,” Suara bingit Nana menyedarkan Aisya dari lamunannya. 

“Yala!” Setelah mengunci pintu, mereka berdua bergegas menaiki kereta Volkswagen New Beetle milik Aisya menuju ke Universiti Utara Malaysia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Fuh, nasib baik la sempat masuk kelas tadi. Kalo tak, habih kita,” Nana teringat lagi waktu pertama kali dia dan Aisya lewat ke kelas. Padahal mereka hanya lewat dua minit. Tak pasal-pasal mereka kena buat presentation tentang tajuk yang mereka baru belajar itu. Mujurlah mereka ulangkaji terlebih dahulu. 

“Kau tula, aku dah kejut banyak kali dah tak nak bangun. Tidur lewat sangat. Asyik dengan cerita korea kau je. Patutnya kau kena berterima kasih kat aku tau. Kalo tak, dah lama aku tinggal kau,” bebel Aisya.

 “yala, cik Aisya Liyana. Terima kasih bebanyak noh, tolong gerak aku. Hari ni meh aku belanja hang makan. Hang nak makan pa?”

“serius ni nak belanja aku? Jangan menyesal,” Aisya berkata kepada anak jati Kedah itu.

“yala. Serius ni. Lagipun hang kan dah selalu belanja aku, sekali sekala aku pulak,” memang tidak dinafikan Aisya Liyana memang pemurah. Dia selalu membantu yang dalam kesusahan. Nana bersyukur mempunyai kawan seperti Aisya.

“em. Jom makan pizza hut nak? Tiba-tiba rasa nak makan piza,” Aisya tersengih memandang Nana.

“Pizza?? Kat sini mana ada pizza hut. Kat Jitra ada la. Jauh la sikit,”

“sekejap je pun Jitra tu. Eh, jap, jap. Petang ni kita takde kelas kan? Boleh la, ye.” Aisya menayangkan mukanya yang dibuat-buat comel. Terserlah lesung pipitnya.

“ok, ok. Tak payah la nak buat muka comel. Nasib baik la aku perempuan. Kalau tak, dah lama aku terpikat kat hang. Hmm, lagipun aku ingat nak pi Aneka. Nak cari kasut baru kat Top Heel,” kata Nana kepada Aisya Liyana.

“Oh yeah! That’s my buddy. Ni sayang ni. Hee…” 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah tiba di restoran Pizza Hut itu, mereka memilih tempat di hujung restoran itu. Mujurlah tidak ramai orang di restoran itu. Setelah itu, mereka memesan Hawaiian Chicken Pizza. 

Beberapa minit selepas itu, hidangan mereka pun tiba.

“Assalamualaikum. Korang buat apa kat sini?” tiba-tiba seorang pemuda yang cukup Aisya dan Nana kenali datang menghampiri mereka. 

‘ish, pehal dengan mamat ni. Macam mana pulak boleh ada kat sini. Menyibuk je,’ ngomel Aisya dalam hati.

“Tengah basuh baju.” Aisya selamba berkata sambil mengunyah pizza kegemarannya itu.

“Er, jemputlah duduk.” Nana mempelawa Farhan duduk.  Mata Aisya membulat apabila mendengarkan kata-kata Nana.

Nana tersengih memandang Aisya. Minah ni bukan boleh buat main-main. Garang mengalahkan singa.

Melihat riak tak senang muka Aisya, Farhan meminta diri. “em, takpa lah. Saya pun ada hal nak buat ni. Saya minta diri dulu.” Farhan berlalu dari situ. ‘Takpa Yana. Sekarang, kau sombong dengan aku. Kau tengok lah nanti, walau apa pun yang terjadi, kau tetap akan jadi milik aku.’

“ish, hang ni la Yana.  Aku tengok si Farhan tu okey pa. Handsome, kaya. Anak dato’ lagi..” 
Memang tidak dapat dinafikan lagi. Daniel Farhan bin Dato’ Mustapha, pemuda kacukan Melayu-Korea merupakan jejaka yang paling handsome di universiti itu. Bapanya merupakan salah seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia.  Dia juga merupakan pelajar cemerlang di universiti itu. Tidak hairanlah ramai gadis ingin mendekatinya. 

Aisya meneruskan suapannya tanpa mempedulikan kata-kata Nana.

“weh, hang ni dengaq ka dak aku cakap apa? Aku ni hairan betui la dengan hang ni. Dalam ramai-ramai perempuan yang minat dia, hang sorang ja tak suka. Hang patutnya bersyukur tau, dia suka kat hang.” 

“Yela. Oke.oke. aku bersyukur sangat. Tapi hati dan perasaan ni bukan boleh dipaksa.”
“Itu aku tau la. Tapi perasaan cinta ni boleh dipupuk.”

“ Sejak bila kau jadi pakar cinta ni? Dah la. Malas aku nak cakap pasal benda ni. Kalau kau suka kat dia, amik jela.”

“Masalahnya dia suka kat hang. Bukan aku,”

“Kau ni cakap banyak pulak. Tu, pizza tu nak makan ke tak. Kalau tak nak, aku habiskan je.” Aisya cuba menukar topik perbualan.

“Ala, aku nak la! Pulun hang sorang ja.” Nana tersengih memandang Aisya sambil mencapai pizza yang tinggal. 

‘Yana, kalau dia suka kat aku, dah lama aku terima. Hang tak tau, aku dah lama suka kat dia. Tapi dia asyik pandang hang sorang ja. Takpa lah, Aisya. Apa-apa pun aku mendoakan kebahagiaan hang.’ Kata-kata ini hanya terluah dalam hati Nana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seusai makan, mereka berdua menuju ke Aneka yang terletak berdekatan dengan restoran Pizza Hut itu. Oleh sebab hari itu merupakan hari bekerja, keadaan di Aneka agak lengang berbanding dengan hari minggu.

“Nana, kau okey kan beli sorang-sorang? Aku ingat nak pergi tengok shawl la.” Aisya berkata kepada Nana setelah mereka tiba di kedai kasut Top Heel.

“oke.oke. no hal. Pi la. Aku pun satgi ingat nak cari satu. Takpa la, hang pi la dulu. Satgi aku follow.”

Aisya ingin mencari shawl yang bersesuaian untuk dipadankan dengan dress labuh yang baru ditempahnya untuk dipakai pada hari perkahwinan kakaknya yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

Aisya berjalan dari satu butik ke satu butik yang lain tetapi tidak ada satu shawl pun yang berkenan dihatinya. Tiba-tiba mata Aisya terpandang satu shawl yang cukup menarik perhatiannya. Warnanya yang lembut amat sesuai untuk dipadankan dengan baju yang sudah ditempahnya itu.

Semasa Aisya ingin mencapai shawl itu, tiba-tiba dalam masa yang sama tangan yang lain turut mencapai shawl yang sama.

‘Err.. sape la pulak ni. Ish, time aku dah jumpa yang dah berkenan, time tu jugak la orang lain nak yang sama. Tengok tangan macam lelaki. Takkan la dia nak pakai kot. Ish, serabut betul la camni.’ Ngomel Aisya dalam hati. Dia pun memandang wajah orang yang turut sama ingin mengambil shawl  itu.

Hah ! Lelaki ini…. Lelaki yang cukup lama tidak dia temui. Tiba-tiba satu perasaan yang sudah lama dia tak rasai menyelinap di hatinya. Perasaan yang sama pernah dia rasa pada satu ketika dulu. 

“Faris !” spontan dia memanggil lelaki itu.

Lelaki itu memandang Aisya dengan pandangan yang penuh dengan persoalan. 

“Err..macam mana awak tahu nama saya?” Faris memandang wajah gadis yang baru dia kenali itu. ‘Ish, aku rasa tak pernah pun jumpa perempuan ni.’ Fikir Faris.

“hah?? Awak tak kenal saya ke? “ ternyata Aisya terkejut dengan pertanyaan Faris. Dia tak ingat aku ke? Dia dah lupa aku?

“Maaflah, cik. Cik ni siapa ye? Setahu saya ini pertama kali saya jumpa cik,”

Dia yakin lelaki itu merupakan lelaki yang sama yang pernah mencuri hatinya dulu. Dia tidak pernah lupa dengan wajah itu yang persis dengan Song Joongki iaitu pelakon Korea yang terkenal.

“Cik, cik. Cik tak pa-apa ke?” Faris bertanya kepada Aisya apabila melihat sikap berdiam diri gadis ayu itu.

“Aaaa..aa..agaknya saya silap orang kot. Maaf.” Tanpa menunggu lama, Aisya melangkah keluar dari butik itu. Mungkin kebetulan je kot muka dan nama yang serupa. Monolog Aisya sendirian.

“Eh, Yana. Hang dah beli ka?” Nana hairan apabila melihat Aisya terburu-buru keluar dari butik itu.

“Hah? Jom la. Lain kali la kita datang lagi,” Aisya menarik tangan Nana menuju ke pintu keluar pasaraya itu.

“La, pasaipa pulak ni. Tak faham aku. Kalau ya pun nak ajak balik, tak payah la tarik-tarik tangan aku camni.” Yana ni. Mesti ada apa-apa ni. Fikir Nana.

Dari kejauhan, Faris memandang gadis itu pergi. Aisya Liyana. Dia tidak pernah lupa akan gadis yang sentiasa bertakhta dihatinya. ‘Maaf, Aisya. Ada sebab saya buat semua ini.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



to be continued..............  :)

p/s : don't forget to give your comment. thank you.. :)

4 comments:

  1. yaka best? ayat cam ntah papa ja.hee~~ tapi imah punya cita bes lagi kot. :)

    ReplyDelete
  2. ok sgt,interesting becoz kt tertanye2 sambungan die.kalo bce memg tau la penulis die minat korea,haha. sambung tau,menarik..:)

    ReplyDelete
  3. yaka.tunggu lepas habis exam nanti la nana sambung..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
leave your comment here..
thank you..^^