Friday 22 March 2013

busy weekhttp://matcuoi.com

assalamualaikum...

ya.. ya.. memang aku sekarang ni dah semakin busy. sangat sangat busy. busy busy pun sempat lagi kan menghupdate belog ni. heheh.. siap decorate lagi belog aku yang canteekk ni. eheh. *perasan pulak.http://matcuoi.com

perasan tak. sapa yang baru bukak je belog aku mesti terkezut kan. wahhh... belog nana dah baru la. haha. penat tau aku explore. hihi. nampaknya sekarang aku dah semakin pandai mengdecorate belog aku. hahaha. gambar yoseob kat bawah tu, aku la ubah sikit kod html dia. tak sangka, keluaq jugak gambaq dia. jadi la tu. maybe ada je kot tutorial macam mana nak letak gambar macam tu. tapi aku je malas nak cari. last last, buat sendiri jadi jugak. nak letak gambar sendiri pun boleh. kalau korang nak buat macam aku nih, komen je tau kat bawah. nanti aku tolong ajarkan. hehehehh..

oke.dah.sambung pasal minggu aku yang tersangat busy nih. start minggu depan la yang busy nih. kuiz, meeting, public speaking. business plan. grrrr... sangat la serabot. aku selalu serabot. tak pernah tak serabot. ngeee~~~http://matcuoi.com

kuiz pun bukan satu je. dua kot. akaun and business. dah la business tu tak tau la aku belajaq pa. serius. lecturer aku tu ajaq guna slide. dah la dr tak bagi slide. yang kami ni jenuh nak cari cari dalam buku teks. buku teks pun tebal yang amat. nasib baik la dalam buku teks tu tak dak islamic perspektif. yang tu satu satu nya slide yang dr bagi kat kami.   pening aku dengan subjek business ni. hahah! lagi satu. business plan. ya Allah. subhanallah... lagi la aku serabot. tutorial and kuliah lecturer lain lain. so, yang ajar kami buat bus plan ni lecturer lain. ya Allah. serius serabot. lecturer aku tu nak teliti sangat bus plan tu. macam dah bukak business betul betul dah. lain sangat dengan tamhidi dulu. masa tamhidi dulu pun kena buat business plan jugak. tapi boleh la nak tipu tipu sikit. yang ni plak, kena betul betul. hadoiii.... nasib baik la su ada lagi business plan yang dulu punya. boleh la tengok contoh sikit sikit.

meeting pulak, bukan meeting kelab kelab yang macam korang selalu meeting tu. meeting ni lebih kurang macam muet speaking test. yang bezanya, yang ni meeting macam dah kerja dah. meeting dalam company gitu. hahah. yang ni untuk sunjek bi. yang ni pun kitorang ada company sendiri. serius weh. banyak sungguh company yang aku bukak. akaun, business, bi, yang akan datang ni marketing kot. sebab marketing kena buat marketing plan. mesti la ada company sendiri jugak. kalau kira-kira balik yang sebelum ni, banyak sangat company. haha. jutawan la aku. hehehehehh.

public speaking pulak, haa, yang ni bukan macam kat sekolah yang ada public speaking competition. yang ni untuk subjek ekonomi pulak  memang la kena cakap sorang sorang kay depan, tapi bukan pertandingan ke apa. tak dak pun hadiah hadiah. hahah. yang ni untuk carrymark. start minggu lepas, setiap 4 orang proff. bagi tajuk, then kena cakap kat depan. oleh kerana nama aku dalam list boleh dikatakan awal jugak, minggu depan la aku kena public speaking. minggu lepas, k.tina, azran, ain and ammar..*annoying (hehe,just joking) :p minggu depan pulak, aku, su,   tikah and ekin. aku and su kena tajuk yang sama : 'importance of manufacturing sector'. minggu lepas tu pulak, yang selebihnya tak kena public speaking. diorang kena debate. huhuh. korang rasa mana better lagi, public speaking ke, debate? bagi aku, public speaking kot. memang la kena pi depan cakap sorang sorang. tapi aku dah biasa la pi depan kelas cakap sorang sorang. haha. lagipun, tengok jela skrip. kalau rajin boleh la hafal macam ain. hihhi... betul tak ain?? heheh..

oke lah. takat ni jela. huhu. aku pun busy ni. hahah. nak kena siapkan skrip untuk meeting. for business plan lagi, kena siapkan financial plan yang sangat menyerabotkan aku. aku rasa kan orang lain tak serabot pun nak buat financial plan tu. aku ja pelik. haha. kadang kadang aku rasa macam aku ni tak sesuai ja nak jadi akauntan. pastu, apa yang aku sesuai? bukak bakery shop?? bukak bakery shop pun kena buat jugak kan bus plan? hahah. bus plan pun aku serabot serabot nak buat. hmmm, pape jela yang terbaik untuk aku. hehehh. okeh. wassalam...http://matcuoi.com

3 comments:

  1. oookeyhhh..NOT BAD arr boh gmbq L.Joe~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. well.cantik kan blog i.heheh.jangan jeles :p

      Delete
  2. hehehehe..comel! tlong ajr!!! penat dh ni dok teroka..kekekeke

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
leave your comment here..
thank you..^^