Friday, 5 April 2013

dubu dubu seoul food

assalamualaikum..

em. em. sori la aku baru sempat nak hupdate sekarang. bukan pa, dua minggu lepas merupakan minggu yang busyyy sangat. memang serabot. haha. dubu dubu ni pun aku dah lama pi. sori la baru hupdate

dua minggu lepas, hari sabtu, 23/3 (siap tarikh lagi ) aku, kak aku and tiqah pi makan korean food kat dubu dubu seoul food, mid valley. oleh kerana aku ni dah lama sangat teringin nak makan korean food nih, kak aku pun ajak la aku pi mid, pi dubu dubu seoul food nih. kak aku pun dok ukm ja, so dekat je la ngan usim.  kebetulan kawan aku, tiqah dia pun teringin nak rasa korean food jugak. so, aku pun ajak la dia sekali.  lagipun, takut jugak aku sorang sorang nak pi ktm. yela, mostly kawan aku nih bukan peminat tegar kpop macam aku. so, nak wat camna. nasib baik ada tiqah. heee~~~ ada la jugak teman


tadaaa... ni la dubu dubu seoul food


*sumber : pakcik google*

firstly, aku order kimchi sondubu jigae... harganya RM16.90..



tadaaa... nampak sedap kan. rasa dia ala-ala tomyam sikit. yang bezanya ada tofu dalam tu. bagi aku, rasanya sedap. tapi bila makan lama lama rasanya agak muak sikit. lagipun, rasanya tak pedas pun. aku kan makan pedas. serius, aku expect sangat makanan dia pedas, sebab orang korea kan suka makan pedas. tapi tak pedas pu. :( so, memang tak larat la aku nak habis kan. disebabkan aku ni bukan peminat tegar tofu, so, segala tofu tofu kat dalam tu aku bagi kat angah (k.aku).

yang kat bawah ni pulak angah order beef honey ginger bulgogi. harganya RM20.90


beef bulgogi ni memang sedap. rasanya pun tak muak.

yang kat bawah ni pulak tiqah order, korean spicy chicken. yang ni oke la. tapi pedas dia emm,, macam mana ye aku nak describe. tak tau la nak kata macam mana. but, definitely, pedas dia bukan taste aku. harganya dia RM17.90..





yang ni pulak spicy tuboekki.. (tak pasti ejaan betul ke tak ). yang ni pun.. emmm,, memang tak memuaskan hati aku. tak spicy pun :( 
yang ni harganya RM14.90


yang citron tea. tikah order. agak pahit sebab ada kulit limau dalam tu. tapi tiqah tak minum, aku minum ja. hehehhh...


yang ni peach tea. sedap. yang ni aku order. tapi mahal. harganya RM6.90. same with the citron tea. that's why la angah tak order air pun. angah bawak air mineral ja. jimat kan ?? 


first time guna chopstick. serius kekok +++ tak reti. tapi aku try jugak. nak bagi ada pengalaman.


angah



tengok ni tiqah. dalam tak sihat pun nak juga makan korean food. memang tak habis pun dia makan. so, kitorang pun tapau bawak balik. termasuklah tobbokkie tu.


ni bil dia. pergh.. mahal kot tax dia. tapi tak pa lah. bukan selalu pun makan. sekali seumur hidup kot. eheh..

conclusionnya, overall aku agak tak puas hati sikit dengan food dia kat sini. rasanya aku ni memang tekak melayu kot. makan nasi ngan ulam cicah sambal belacan sedap lgi. heheh.. tapi aku rasa maybe kalo makan kat korea taste dia lain kot. 

so, takat ni jela. aku pun tak berapa sihat ni. tak larat sangat. dari semalam lagi. agak agak homesick kot. hehe. ni pun gagah gak nak hupdate blog. tapi hari ni better kot dari semalam. tak pa lah. malam ni aku dah nak berangkat pulang dah. heheh. *excited :)

okeh. wassalam...

p/s : kalo nak tahu  lebih detail lagi pasal hangout kami ke dubu dubu nih, korang boleh visit blog kak aku and tiqah.

2 comments:

  1. baru nak update?dah lapuk pun.untunglaa bley balik. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biaq la.tak dan kot.busy sangat.tak balik ka.kesiann..hihii.tak pa la, dah balik slalu.huhu

      Delete

Assalamualaikum.
leave your comment here..
thank you..^^