asslamualaikum. dah lama jugak aku tak hupdate blog aku ni. hehe. minggu lepas aku bz sket. heee. bz memanjang aku ni. minggu lepas kan ada program ALSP. dari 8.30 pg sampai kul 7 ptg. grrrrr... letih kot!
hmm. nasib baik la tak boring sangat dalam kelas. kawan-kawan semua pun friendly je. so tak dak masalah la. lagipun ustazah yang ajar kitorang best. muda lagi. student UM. dia tengah sambung master. agak-agak baya along la kot.
pastu, hari jumaat kami kena buat persembahan tau. choral speaking arab. dalam arab panggil ...
----> الحكايات الترنيمية
then, kitorang pun berlatih la. mesti la kena berlatih. kalo tak macam mana nak buat persembahan. hehehh. berlatih memang oke, perfect. even last minute. tapi masa dok atas pentas, hmmm. tak tau nak kata camna. ada yang lupa skrip la. apa la. erm, maybe nervous kot. aku pun nervous gak tiap kali nak present apa-apa kat depan orang ramai. even banyak kali aku dah present. rasa nervous tu mesti ada. agak-agaknya aku ni ada darah gemuruh kot. heehhehh..
anyway group kami dah buat yang terbaik pun. tak menang pun takpa. sebab semua ni dapat merapatkan ukhuwah kami. so, pape pun, aku bersyukur dan berterima kasih sangat-sangat sebab diorang sudi bekerjasama and ada rasa tanggungjawab for doing this choral speaking.
em, minggu depan ada program ELSP. yang ni bi pulak. huh! letih kot. dah la aku tengok jadual, mostly muet talk. talk. talk. talk. ! bosan kot. sebelum buat talk macam tu orang tidoq ja. ish, usim ni, tak dak benda lain ka nak buat. asyik talk ja. buat la program yang menarik sikit. tak dak la bosan. em, talk tu hari selasa rabu. khamis baru start masuk kelas. ikut jadual, group aku dapat teacher india. perempuan. harap-harap la dalam kelas tak bosan. huhu.. pape pun, aku nak tengok nanti.., muet talk tu bosan tak macam yang sebelum ni. heee...
okeh.. takat ni jela. sambung nanti. wassalam....
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
leave your comment here..
thank you..^^